Wednesday, February 11, 2009

Cara mengatasi stress menurut Islam

Stress...-Gambar hiasan-


Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Antara faktor-faktor yang boleh mengakibatkan sress ialah masalah pelajaran, kerja, keluarga, kawan-kawan, kekasih, kewangan, kecantikan diri dan lain-lain.

Melihat kepada masalah-masalah ini, Islam telah membuka jalan kepada kita bagi mengatasi tekanan atau stress yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Antara cara-cara mengatasi stress ini ialah menganggap semua yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian daripada Allah yang mengandungi hikmah dan pengajaran. Di samping iu, kita hendaklah memikirkan bahawa masalah yang kita hadapi itu sebenarnya adalah satu pendidikan untuk kebaikan diri kita.

Sebagai contoh, kita diuji dengan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah, apa yang kita perlu fikirkan bagi mengelakkan stress? Caranya ialah dengan berfikiran positif bahawa semua tugasan ini adalah untuk membantu kita beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Kesimpulannya, kita hendaklah bijak mengatasi stress agar dapat menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Tuesday, February 10, 2009

Spa Tradisional Melayu di Jonker Street

Salah satu daripada rawatan spa.


Sebut sahaja Jonker Street pasti terbayang di wajah kita akan barangan antik, kraftangan dan cenderahati yang banyak dijual di sana.

Jonker Street ini adalah deretan bangunan warisan peninggalan penjajah Belanda yang kebanyakannya kini dijadikan premis perniagaan oleh masyarakat tempatan. Melihat kepada potensinya yang besar dalam menarik ramai pengunjung, Marina Omar, 33, memberanikan diri menubuhkan sebuah spa yang diberi nama "Taman Sari Spa" pada Mei tahun lepas.

Apa yang menarik tentang Taman Sari Spa ini ialah ianya berkonsepkan rawatan tradisional Melayu tulen dan satu-satunya yang beroperasi di kawasan tersebut. Di samping itu, spa ini tidak menggunakan alat-alat moden dan juga tidak menggunakan bahan kimia dalam rawatannya. Produknya juga diperbuat daripada herba tradisional yang merangkumi produk aroma terapi, penjagaan badan, herba selepas bersalin dan terdapat juga produk makanan serta minuman.

Selain itu, Marina juga menyediakan pakej pembelajaran kecantikan bagi menimba ilmu dalam bidang tersebut.





Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini


Qunut Nazilah

اللهم إنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أعدَائِنا ونعُوذُبِكَ من شُرُورِهم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهم وفَرِّقْ جَمْعَهم
وشَتِّتْ كلِمَتَهم وزَلْزِلْ أقْدَامَهم وسَلِّطْ عليهم كَلْبًا من كِلاَبِكيا قَهَّار... يا جَبَّار... يا مُنْتَقِم
يا الله ( 3 مرّات )اللهم يا مُنْزِلَ الكِتاب...ويا مُجْرِيَ السَحَاب...ويا هَازِمَ
الأَحْزَاب...اهْزِمْهم وانْصُرْنا عليهم

Monday, February 9, 2009

Hujan di Palestin

"Hujan tangis si anak kecil
hujan darah si wanita
hujan si tua palestin
terus mewarnai tanah pilu palestin ....
diringi hujan peluru dan
hebatnya roket pengebom
menghujani tanah palestin ini
si kejam YAHUDI terus riang ketawa
di itanah tumpah darah si anak tangis ini....."

Beli Kereta Selain Proton TIDAK PATRIOTIK???

Antara salah satu kereta import.

1. aku setuju sangat-sangat dengan keputusan kerajaan negeri Perak bahkan menyokongnya 100%.

2. tidak patriotik??.....keluarkan dulu bukti yang menunjukkan kereta proton (especially proton perdana) adalah kereta nasional???

3. cukuplah selama ini menipu rakyat malaysia bulat2 dengan mengatakan proton adalah kereta nasional....

4. selama ini....proton membuli rakyat malaysia dengan memonopoli perniagaan menjual kenderaan di malaysia apabila kerajaan mengenakan cukai kepada kereta import (40% - 300% taxes).....harga kereta proton sepatutnya bawah dari RM 20 ribu saja....kereta proton pasang di malaysia, kebanyakkan parts adalah dari malaysia....then Kenapa harga just murah lebih kurang 10 ribu saja berbanding kereta yang diimport yang dikenakan cukai yang tinggi???.....dalam erti kata lain.....proton ambik untung hampir 100% dengan membuli rakyat malaysia gara-gara kerajaan MEMAKSA rakyat membeli proton (since harga proton paling murah berbanding yang lain....of course sebab kereta nasional tak dikenakan cukai.....bodohlah kerajaan itu kalau kenakan cukai pada product sendiri).

7. sepatutnya....proton tidak perlu diwujudkan dari awal....malaysia sepatutnya menjadi pusat assembly-plants di rantau asia...bukan sahaja ianya mencipta peluang pekerjaan bertaraf mahir untuk rakyat malaysia....tapi kereta2 yang dipasang itu sudah pasti akan dieksport keluar negara....pendapatan negara semakin bertambah.....pemindahan teknologi berlaku secara serentak.....tapi....disebabkan ego seorang bekas perdana menteri....menyebabkan rakyat malaysia terpaksa membayar harga ego tersebut dengan harga yang sangat-sangat mahal..wallahua'lam.

Tindakan Sultan Perak berlandas prinsip demokrasi

SIKAP biadab dan angkuh pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menggugut baginda untuk dibawa ke muka pengadilan, selain memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang menimbulkan kemarahan rakyat, perlu dilihat secara serius. Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercadang memfailkan kes terhadap Sultan Azlan Shah dan kerajaan negeri yang baru berikutan pelucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu yang didakwa tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, menggambarkan pembangkang tidak mempercayai sistem Raja Perlembagaan. Bagaimanapun bagi Karpal, mempermainkan Perlembagaan dengan berselindung menggunakan undang-undang bukan sesuatu yang baru dan beliau dijangka memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Ipoh, esok. Pada Mei tahun lalu, Karpal dilaporkan membuat kenyataan mempertikai kuasa Sultan Perak berhubung arahan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury serta hak keistimewaan Bumiputera ketika mengulas ucapan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra. Kemelut politik Perak sepatutnya sudah berakhir dengan pelantikan Menteri Besar baru mewakili parti yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi nampaknya ia kini lebih terarah kepada krisis Perlembagaan apabila Pakatan Rakyat mahu mengheret isu berkaitan ke mahkamah.
Mohammad Nizar bukan saja tidak menghormati keputusan Sultan Perak supaya beliau berundur secara terhormat, malah gagal memahami prinsip demokrasi iaitu beliau sudah tidak lagi mewakili suara majoriti dalam DUN. Tindakannya untuk terus mendakwa masih sebagai Menteri Besar yang sah, diragui kerana dalam mana-mana Perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri, seseorang yang gagal mendapat suara majoriti walau dengan cuma satu kerusi, perlu memberi laluan kepada penggantinya. Inilah prinsip demokrasi yang tidak boleh ditakrifkan dengan definisi undang-undang secara khusus seperti undi tidak percaya di sidang DUN atau pembubaran DUN bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan. Pakatan Rakyat bagaikan menafikan hakikat bahawa mereka sudah kehilangan majoriti di DUN. Jika mereka faham prinsip ini, Mohammad Nizar perlu undur, bukan mengusutkan lagi keadaan dengan terus menduduki kediaman rasmi Menteri Besar dan berdegil untuk pergi bertugas seperti biasa di Pejabat Menteri Besar esok, walhal pejabat itu sudah diisi oleh Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Hormatilah semangat demokrasi berlandasan suara majoriti. Apa yang dilakukan oleh Sultan Perak adalah berlandaskan kepada semangat prinsip demokrasi ini dan atas sebab itu baginda menitahkan Mohammad Nizar dan barisan Exconya meletak jawatan. Berundurlah secara terhormat dan jika mahu berkuasa semula, biarlah rakyat yang menentukan apabila tiba pilihan raya nanti.

cerita-cerita pelik..?

Aku ada juga dengar cerita-cerita pelik daripada kawan-kawan aku di USIM ni..sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk menulis cerita ini dalam diari sebab aku memang tidak suka menulis...bila dah ada blog sendiri boleh la berkongsi cerita dengan kawan-kawan..dah sedia nak dengar cerita...?
Cerita pertama, kisah ini berlaku di asrama Acasia. Suatu malam, kawan aku mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Suasana tengah malam itu sunyi sepi. Tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis kuat sangat tapi yang pelik rumahnya mengadap rumah teres yang belum berpenghuni lagi. Dia mula rasa tidak sedap hati dan meremang bulu romanya..Keesokan harinyanya, dia menceritakan hal tersebut kepada kawan-kawan serumahnya tetapi mereka tidak percaya. Salah seorang daripada mereka bersetuju untuk memastikan sendiri kebenaran hal itu...Lebih kurang dalam pukul dua pagi, mereka berdua terdengar suara bayi menangis dan mula berasa takut hingga demam..Malam seterusnya, seisi rumah kawanku ingin mendengar tangisan bayi itu, tetapi tiba-tiba suara itu hilang dan tidak kedengaran lagi...Seriau jugak...
Cerita kedua, suatu hari aku berjalan-jalan dengan kawan baikku..Tiba-tiba dia memiijak pokok semalu, kalau sebatang dua ittu biasa la lagipun bukannya sedar terpijak pokok semalu. Tapi yang membuatkan aku pelik ialah kawan aku ini jalan yang tak dilaluinya kalau ada pokok semalu mesti dia berusaha juga memijak pokok tu..aku berasa kesian melihat pokok semalu yang tidak berdosa itu..Akupun bertanya kepadanya,"Kenapa suka sangat pijak pokok semalu?" Jawapan kawan aku itu lagi pelik..Dia menjawab,"Memang hobi dan boleh hilangkan stress," aku terdiam sambil berkata di dalam hati,"Ada jugak kawan macam ni,"...Y Allah berilah petunjuk pada sahabatku ini...Aamin..